Saturday, November 2, 2013

PAS jangan menaruh harapan tinggi ...tapi perlu bersedia menghadapi kenyataan TEWAS !!


Punca penyokong PAS tidak dapat menerima kekalahan dalam mana2 pilihan Raya UMUM maupun PRK adalah berpunca dari provokkasi awal media mereka yg menyakin penyokong bahawa PAS akan meraih kemenangan..berbanding kekalahan!! 

Apabila kenyataannya PAS tewas saja dalam sesuatu pilihan raya rata-rata pemimpin PAS terus meniup sentimen "TIPU" sebagai  alasan untuk melindungi kelemahan pemimpin dan dasar Parti mereka yg selama ini pun banyak menipu  serta cakap tak serupa bikin !!.


PAS bukan saja tidak dapat menerima kekalahan tetapi PAS langsung tidak mahu menerima dengan hati yang terbuka hakikat kekalahan tersebut ...sebaliknya  kekalahan  dijadi kan isu memburukkan lawan dengan berbagai tipu muslihat  yang direka untuk melindungi kelemahan PAS sendiri..

Sepatutnya PAS  yang sarat dengan pemimpinnya  yang kononnya bertitle ulama dan lebai-lebai Politik perlu mengimbangi antara kalah dan menang bukan meletak kemenangan itu selalunya memihak kepada PAS tanpa mengambil kira faktor dan punca-punca yang menyumbang kearah peratus kekalahan mengatasi peratus kemenangan mereka...jadi  tidaklah  nanti timbul  isu kekalahan PAS tersebut menjadi  modal menunding jari kearah  parti lawan dengan membuat berbagai tuduhan dan fitnah  yang tak berasas untuk melindungi kelemahan mereka!!

Sebenarnya dalam PRK DUN Sg Limau rata-rata pengundi DUN SG Limau sudah pun menjangka PAS akan menghadapi kekalahan diluar jangkaan..kekalahan PAS tersebut bukan atas faktor yang sudah diwar-warkan lebih awal oleh pemimpin PAS  untuk  membakar sentimen  penyokong mereka..kononnya  UMNO/BN mengguna sepenuh jenteranya untuk menghadapi PAS....tetapi hakikatnya kekalahan PAS di DUN Sg Limau itu nanti adalah berpunca dari peratus yang tinggi pergolakkan dalam PAS Kedah  menjadi penyumbang besar kepada kemenangan UMNO/BN.

Sebenarnya pergolakkan PAS Kedah yang bertembung dengan pengaruh Allahyarham Ust Azizan dan dengan beberapa kumpulan yang lain lah  sebenar nya memberi ruang yang selesa kemenangan memihak pada UMNO/BN nanti.

Kecelaruan Modus Operanti pilihan raya PAS yang diketuai oleh Mahfus Been And the  Gang juga dilihat banyak membantu  kearah kekalahan di luar jangkaan PAS nanti. 

Seterus nya Kempen pilihan Raya PAS di DUN sg limau juga  jelas menampakkan kearah berkempen ala rancangan "AmeKaw"  menjurus kearah Politik yang kurang matang...lebih2 lagi rakyat masih terasa pembohongan PAS yang lampau hingga menjurus Kedah jatuh ke tangan UMNO/BN dengan mudah dalam PRU13.

Apa pun PAS perlu sedar..perpecahan dalaman PAS adalah menjadi penyumbang terbesar sekali gus meningkatkan  peratus yang tinggi kearah kekalahan diluar jangkaan yang bakal di hadapi oleh PAS di DUN Sg Limau...Insyaallah !!

[clik]

 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget