Saturday, November 2, 2013

Kecelaruan dalam PAS Harun Taib bakal tinggalkan Pakatan.??.


Adakah ini isyarat awal Harun Taib mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat...ATAU ini  isyarat awal beliau  mungkin tinggalkan Pakatan Rakyat gara-gara "Tahaluf Siasi yang merugikan PAS"??

Politik PAS kian celaru...pergolakkan dalaman kian bertambah parah...disebalik kenyataan Harun ingin PAS tinggalkan Pakatan Rakyat mendapat kecaman dari puak2 sendiri, 

 Hakikat sebenarnya adakah Harun Taib memang mahukan supaya PAS keluar dari PR sebagaimana yang pernah disuarakan oleh bekas Timbalan Presidennya tempoh hari atau  PAS bakal hilang seorang lagi Ulamanya  yang bakal  mengambil langkah yang sama dengan bekas Timbalan Presiden PAS iaitu Ust Nasarudin Mat Isa untuk meninggalkan Pakatan Rakyat?



Nampaknya kemelut dalaman PAS hanya retak menanti belah... "..Dalam satu kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata, beliau juga tidak mengetahui punca kenapa dirinya masih dipilih untuk jawatan tersebut walaupun dirinya pernah terlibat dalam beberapa isu sebelum ini" 

 "Saya sendiri pun tidak tahu kenapa Dewan Ulamak merasakan orang yang uzur dari segi fizikal seperti saya mahu terus dibebankan dengan tanggung jawab yang berat ini" 

Nampaknya dari beberapa kenyataan Harun Taib  ia seolah-olah menunjukkan beliau sudah tidak begitu berminat lagi untuk meneruskan perjuangan  bersama Pakatan Rakyat khususnya PAS....

Keadaan ini berlaku Ekoran dari kenyataannya agar PAS mengkaji semula "tahaluf Siasi" yang mendapat kecaman ramai dari kalangan akar umbi parti...termasuk Nik Aziz sendiri yang membidas Harun secara terbuka .." 

"Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan".Nik Aziz.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget