Tuesday, October 1, 2013

Mampu kah mereka membaiki LABU yang sudah dirosakkan oleh mereka sendiri..??


Umno pusat perlu merombak barisan kepimpinan Umno Bahagian Padang Serai yang dikenalpasti sebagai antara punca kepada kekalahan calon Barisan Nasional (BN) di peringkat Dun dan Parlimen berkenaan.



Bagaimanapun permasalahan ini dapat diselesaikan sekiranya sesama mereka sendiri masih menjadi pembawa Virus menhancurkan UMNO Padang Serai.??



Boleh kata setiap dari mereka mempunyai sejarah kecancuan UMNO Padang Serai.....apakah mereka benar-benar mampu memperkasakan UMNO..atau pun mereka hanya pemimpin yang memberi ruang yg lebih selesa pada Parti Lawan berkubu dan bersarang di Pandang Serai??

Benarkah pemantau yg dilantik benar-benar bebas...??????

Akan GMC hurai satu persatu permasalahan baru yang berbangkit baru-baru ini........

Padang Serai hanya akan terus memperkasakan Parti Lawan jika muka-muka ini terus dipertandingkan untuk memimpin UMNO Padang Serai....

UMNO Padang Serai...oh UMNO Padang Serai...jangan biarkan mereka  terus membaiki labu....

Sinar :

PADANG SERAI - Umno pusat perlu merombak barisan kepimpinan Umno Bahagian Padang Serai yang dikenalpasti sebagai antara punca kepada kekalahan calon Barisan Nasional (BN)  di peringkat Dun dan Parlimen berkenaan.
Setiausaha Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Negeri Kedah (Mubarak), Datuk Mohd Hadzir Ismail berkata, kekalahan dua kerusi Dun dan Parlimen di Padang Serai kelmarin menunjukkan konflik dalaman parti itu perlu diselesaikan secara total.

Menurutnya, terdapat lima faktor utama yang mengakibatkan semua kerusi di Padang Serai kalah antaranya faktor calon yang bertanding, Umno pusat memandang mudah soal calon, masalah dalaman parti, jentera pilihan raya yang mengambil mudah
tentang kelebihan calon parti lawan dan sabotaj yang terancang dalam kalangan ahli dan pemimpin Umno di peringkat bahagian.

"Apabila ini berlaku, ia akan memberikan kelebihan kepada calon parti lawan untuk mengambil kesempatan meraih kemenangan terhadap kerusi dipertandingkan. Bagaimanapun permasalahan ini dapat diselesaikan sekiranya pemimpin serta ahli Umno bersedia untuk membawa perubahan dan bersikap setia pada parti dan bukan pemimpin.

“Permasalahan dalaman Umno di Bahagian Padang serai sudah berlanjutan lama dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan. Rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dari akar umbi terhadap kepimpinan parti merupakan faktor utama mengapa Umno dan BN mengalami kekalahan teruk dua kali berturut-turut. Kekalahan kali pertama berlaku dalam PRU 12 dan sekali lagi pada PRU13," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hadzir berkata, soal calon tidak disenangi pemimpin serta ahli Umno juga mengakibatkan sokongan tidak diberikan kepada mereka yang bertanding.

Katanya, seperti dijangkakan, sabotaj calon dalam kalangan ahli dan pemimpin Umno berlaku dan mengakibatkan semua kerusi dipertandingkan kalah walaupun mendapat sokongan dari semua pihak.

"Politik Umno/BN di Padang Serai akan berkubur sekiranya Umno pusat tidak memandang serius terhadap permasalahan yang berlaku.

"Saya menasihatkan kepada calon yang menang supaya bekerja keras dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti. Bagi yang kalah, mereka seharusnya mempertingkatkan mutu kerja serta merapatkan hubungan dengan masyarakat," katanya.

2 comments:

  1. Anak Bukit JelutongOctober 1, 2013 at 10:08 PM

    Aku amat setuju dengan pandangan mantan Ketua Bahagian bahawa "politik UMNO/BN di Padang Serai akan berkubur sekiranya UMNO Pusat tidak memandang serius terhadap permasalahan yang berlaku"

    Dan sebagai ahli UMNO aku juga amat kecewa dengan pimpinan UMNO Negeri yang turut tidak menangani dan cuba mengubati "kudis" ini sejak dari awal; sanggup memerhati dan membiar UMNO Bahagian Padang Serai dan 13 ribu ahlinya hilang pegangan dan tenggelam punca dek penyakit kudis yang mudah diubat dibiarkan bertukar menjadi barah yang mustahil diubati.

    Aku hanya berharap, permasalahan ini dengan kehendak Allah, segera di atasi dan seluruh ahli UMNO kembali "bertaut" bagi menghadapi PRU 14.

    "HIDUP MELAYU"

    ReplyDelete
  2. memilih mereka seolah2 Rakyat melantik PAS ,PKR atau DAP mengemudi pengundi Padang Serai...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget