Thursday, September 26, 2013

19 calon tarik diri di Kedah................??? !!@#@#!!!??#$@!



ALOR SETAR 24 Sept. - 

Sebanyak 19 orang daripada 2,861 calon di negeri ini menarik diri pada pemilihan UMNO bulan depan selepas tempoh bertenang selama 72 jam tamat petang ini. - UTUSAN ONLINE 


Lebih baik tarik diri...dari terus bertanding jika pertandingan mengundang perpecahaan pada UMNO itu sendiri.

Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk  bertanding untuk merebut jawatan ketua bahagian...





Kemeriahan untuk bertanding pemilihan calon Ketua Bahgian Padang Serai nampaknya lebih meriah  berbanding  sewaktu berkempen dalam PRU13 yang lalu...!!

Apakah calon-calon yg diperturunkan  kali ini oleh UMNO Padang Serai dalam merebut Jawatan Ketua Bahagian  itu nanti  benar-benar calon  yang mampu menyelesaikan “Permasalahan dalaman Umno di Bahagian Padang serai sudah berlanjutan sekian lama ….hingga kini  yang ia masih belum selesai secara total?

Mampukah mereka memperkasakan UMNO Padang Serai…atau UMNO Padang Serai akan terus menjadi lubuk PAS dan PKR bersarang kerana ujudnya sabotaj yang terancang dikalangan  mereka yang bertanding  hari ini  dan pemimpin Umno di peringkat bahagian.

Dari jumlah calon yang  bertanding sudah cukup untuk Rakyat menilai sejauh mana Umno Bahagian Padang serai  bergolak  dan berpecah hingga  membawa kepada kekalahan calon Barisan Nasional (BN)  di peringkat Dun dan Parlimen berkenaan berturut-turut selama dua penggal.

Sebenarnya  nama-nama  calon yang  diperturunkan  untuk bertanding   merebut Ketua Bahagian  Padang Serai  kali ini..masih tidak nampak satu usaha trafomasi kearah menyelamat  Konflik dalaman UMNO Padang Serai.

Apa yang jelas pertandingan  6 penjuru ini hanya membawa  kepada perpecahan yang kian parah dalam UMNO Padang Serai…!!

Secara iklas apa yang rakyat dan pengundi2 Padang Serai nampak calon-calon yang bertanding mereka tidak mampu  membawa apa-apa makna kepada UMNO Padang Serai selagi Virus-virus perpecahan sesama mereka tidak diselesaikan secara totol.

 




No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget