Thursday, August 8, 2013

Apa kata Pak Mie tentang anjing ...


Pak Mei sanggup belapaq demi anjing!!



Apa penjelasan Pak Mei dan ulasan Mufti tentang kerjayanya. 

Clik>>>

11 comments:

  1. "Berbuat Baiklah pada Makhluk di bumi, Makhluk di langit akan berbuat baik dengan kamu"...Dalam hal ini anjing2 tidak dipelihar dan tinggal dalam rumah Pak Mei..dia tidak juga menghina Agama Islam. Dia hanya membantu makhluk Allah ini. Semoga Allah membalas segala budi baik mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naper anjing... Naper bukan kucing yg menjadi kesayangan Rasulluah. Jgn kamu menggunakan sesuatu dalil naqli Quran & Hadis jika kamu bukan ahlinya. Kamu mentafsir kalam Allah tidak tepat pd aqlinya

      Delete
    2. anjing kalau x de org bg makan, die mengganas, kacau org, buat sampah. mungkin pak mie nie tolong untuk mengelakkan anjing2 nie mengacau org lain. Kucing daang kedai makan dh dpt makan..muka comel...anjing g kedai makan kena baling batu..

      Delete
    3. bukan anjing je die selamatkan..kucing pun ade..500 anjing 100 kucing..tgk video dlu sblm bebel kt sini..citer mcm ustaz tp x selidik dlu..

      Delete
  2. Bro yg pandai2 kt atas... Bg satu jer dalil aku nk tau org islam boleh bela anjing dgn satu dalil yg khusus. Bro... Agama bukan brg mainan yg kita leh sebut ikut hati dan tafsiran kita bro. Kalam Allah tue bro... Niat baik tapi x leh menghalalkan cara... Contoh... Seseorang merompak bank sbb nk bg ank mkn yg kelaparan.. Atau sesorang berzina dgn seseorang perempuan dan bertanggungjawab sbb family halang nk kahwin... Jgn liberal dlm agama bro... Sedikit ucapan kita tersalah tafsiran boleh membatalkan iman seseoranh... Bro tanya para ulama quran n hadis... Betul tak apa yg korang tafsirkan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ... Berzina mencuri itu HARAM MUTLAK. Membela anjing tidak haram mutlak. Hanya haram-able (boleh jadi haram) seperti jika tak peduli untuk bersamak dan bersuci atau menganggu jiran atau anjing tersebut membawa penyakit gila etc. Buktinya ialah ada hadis mengatakan jika membela anjing sebagai haiwan kesayangan pahala berkurangan pahala 1 qirath sehari. Baca- BERKURANGAN. BUKANNYA BERDOSA cuma pahala kurang. Jika berzina ianya berdosa besar - BUKANNYA berkurangan PAHALA jika berzina. Juga ada di sebutkan Malikat Rahmah tak masuk rumah. Rahmat BERKURANGAN bukannya BERDOSA. Tidaklah kita berdosa jika Malaikat tak masuk rumah. Lagi pun Malaikat maut tetap masuk rumah juga.

      Ini bermakna membela anjing bukannya HARAM MUTLAK seperti berzina dan mencuri yang sudah sah-sah berdosa. Jika saudara ada hadis yang mengatakan membela anjing itu berdosa dan haram mutlak seperti berzina dan mencuri sila tunjukkan.

      Dalam Al-Quran tidak ada di sebutkan haram membela anjing. Yang di sebut berkenaan anjing ialah secara positif yakni seperti di dalam surah al kafh ayat 18. Juga Surah Al-Ma'idah ayat 4 berkenaan haiwan pemburuan yakni haiwan yang di buru oleh haiwan pemburuan itu halal di makan. Tidak berkenaan anjing secara khusus. (Haiwan memburu termasuklah anjing burung rajawali cheetah) Maka dari KALAM ALLAH berkenaan haramnya anjing itu tiadalah. Cuma haram atau tidak membela anjing hanya dari pendapat ulama' dari Hadis-hadis.

      Akan tetapi membela anjing haram-able atau boleh menjadi haram (bukannya haram sedari asal . Hanya menjadi haram jika terdapat faktor lain)kerana membelanya sebagai haiwan kesayangan tersangat sukar kerana sifatnya bernajis berat dan boleh membawa penyakit. Tetapi punggung dan kulit luar dubur kita bernajis juga setiap hari setiap kali kita berak dan membawa penyakit juga jika tak bersuci idak?.

      Saya yakin 99.9999% lelaki melayu Islam itu berkhitan. Akan tetapi berkhitan itu bukannya wajib. Cuma ianya sunnah. Tak bersunat/berkhitan bukannya berdosa pun. Kalau kita sanggup membasuh kulup kita setiap kali dan senantiasa maka tak perlulah berkhitan. Sama juga kes anjing ini juga. Isunya membela anjing itu tidak haram tetapi boleh menjadi haram kalau tidak sanggup. Maka jika kita sanggup bela maka belalah tetapi jagalah fardhu-fardhu kita. Jagalah kesucian tubuh badan kita. Seperti kita berak kita basuh setiap hari maka dalam hal anjing kena bersuci jugalah setiap kali cuma ianya remeh sedikit. Kena ada ruang khas untuk anjing dan peralatan bersuci. Perbelanjaan pun banyak juga. Akan tetapi mana tahu balasannya berbaloi dan rahmat melimpah ruah dari ehsan Allah s.w.t kerana kita ehsan sesama makhluk. Mungkin para anjing tersebut menjadi pelindung kepada kita dari api neraka atas rahmat Allah.

      Malaikat rahmat tak nak masuk rumah itu dia punya hal. Yang penting Allah merahmati kita tak kiralah malaikat nak masuk rumah ke tidak. Allah tidak perlukan Malaikat sebagai perantara untuk memberi kita rahmah. Jangan lupa kita masuk syurga bukan sebab pahala kita banyak bertan-tan dan berqirath-qirath tetapi atas rahmat Allah jua. (tak caya tanya uztaz yang terdekat)

      p/s ada kawan saya yang agak eccentric dan gila-gila sikit yang buat kelakar tak patut dan melampau katanya lebih kurang:=

      Marilah kita membela anjing agar malaikat maut tak masuk rumah jadi kita tak matilah. Jika Malaikat rahmat tak masuk maka malaikat maut tak masuklah juga.

      Delete
  3. tak kisah lah dia nak jaga anjing atau binatang terbiar seberapa byk pun....tu bukan isu nye. soalan saya ialah camner dia bersih kan diri dia utk solat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol camner dia bersihkan diri?

      Rasanya Pak Cik tersebut bermahzab shafie. Jika Pak Cik tu yakin tempat yang terkena najis itu di mana maka Pak Cik itu akan membasuh tempat yang terkena najis Muqallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak. Jika Pak Cik tu tengok najis itu tetap ada ain (nampak dan berjisim seperti air liur terlekat atau tompok najis atau darah misalnya), ada masih bau-bau dan rasanya (kesat licin bukan rasa lidah ye) maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut. Macam tu lah Pak Cik itu akan buat sebelum bersolat.

      Tak susahkan? Kalau Pak Cik itu berbogel dan satu badan dia kena satu badan lah kena basuh. Kalau pakai baju tak perlu basuh lah bahagian yang terkena baju tetapi baju tu kena samaklah juga. Malaysia ni banyak tanah dan air. Kalau di Kutub Utara susah la sikit sebab sana kena ketuk ais bermeter-meter baru jumpa tanah. Kalau di PAdang pasir air kurang pulak. Jadi tak susahlah bagi pak Cik tu sebab dia di Malaysia. Selepas Pak Cik itu bersuci tubuhnya secara fizikal suci bersih, sesucinya tubuh Rasulullah s.a.w sendiri, sesuci tubuh orang lain yang tidak terkena anjing malahan lebih baik dari jasad Jibrail sekali pun.

      Kenapa perlu persoalkan bagaimana dan secara tidak lansung mempersoalkan solat beliau? Jangan fikir orang lain tak tahu hukum hakam. Tak perlu kita persoalkan hal orang. Lagi pun itu fardhu ain dia. Akan tetapi jika Pak Cik ni kata samak tak perlu air tanah - hanya perlu terjun lombong atau di kolam di kondominium dia maka jadi wajib kita persoalkan dia kerana sudah jatuh fardhu kifayah kita.

      Kenapa kita tak tanya petua-petua bagaimana Pak Cik itu mempunyai semangat yang kuat? Jika dia mampu bersolat dalam keadaan sukar maka kita yang tidak membela anjing ini sudah pasti lebih mudah untuk bersolat.

      Delete
  4. mungkin pak mei ni dah bertahaluf siasi dgn anjing kot? mcm pas bertahaluf siasi dgn dap ..dulu haram dan kafir lagi hari tdk lg.

    ReplyDelete
  5. hehehehehe Anon 8:16 am di atas ! Canteeeeeeekkkk!

    ReplyDelete
  6. Iateri arwah kan ada. Meh kita tnya camna Pak mei melalui khdupanya sbgai penjaga anjing. X bersangka buruk, Saya yakin sngt tiba waktu solat Pak Mei akan bersiram dgn air tanah.
    Saya rasa kalaulah mampu telinga kita dengar nescAYA KITA DENGAR raungan tanah2 yg mahu merembesi kulit Pak Meii!!!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget